Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3 (a) : Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

“Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah”

Nama pembentang : Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari

1.0 PENGENALAN

Terdapat dua objektif kajian tindakan ini dilakukan dan objektif ini merangkumi umum dan khusus. Objektif umumnya ialah bagi meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan dalam kelas kajian ini dilakukan. Terdapat empat objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu :
• Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
• Membantu pelajar membaca dengan lancar
• Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-Quran
• Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat 3 pernyataan masalah dalam kajian tindakan, ianya ialah:

• Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran ?
• Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
• Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL

Kajian tindakan ini telah dilakukan di Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur. Sampel kajian ini ialah kepada 46 orang pelajar tingkatan 1 dan 34 orang pelajar tingkatan 2. Kajian ini dijalankan secara kolaboratif oleh 3 orang guru pelatih iaitu Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari.

1) Pemerhatian : Data Awal
Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan al-Quran .

2) Pengumpulan data kajian sesi 1:
i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
-Talaqqi ialah situasi dimana guru mendengar bacaan pelajar dalam kumpulan-kumpulan yang kecil
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaannya dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus

ii) Ketua kumpulan yang dilantik akan mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar

3) Refleksi
Kajian dilakukan berdasarkan pengumpulan data yang telah dilakukan, pelajar yang mempunyai prestasi bacaan yang baik dilantik menjadi "Naqib".

4) Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- Seorang naqib untuk seorang pelajar , naqib berperanan dalam mengajar rakannya dalam memperbetulkan prestasi bacaan al-Qurannya.

4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Bagi pengumpulan dan penganalisaan data, para pengkaji telah melakukan 3 instrumen iaitu :
a) borang penilaian naqib
b) borang mentee
c) pemerhatian- catatan dan rakaman video

5.0 IMPLIKASI KAJIAN

1) Persoalan kajian 1
• Antara kelebihan-kelebihan kaedah Talaqqi Musyafahah, murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib.
• Murid dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.
• Kaedah ini secara keseluruhan bukan sahaja memberi kefahaman kepada pelajar malah mampu membangkitkan minat serta pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam p&p tilawah.

2) Persoalan kajian 2:
• Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan al-Quran dengan betul.
• Hasil analisis data daripada pemerhatian prestasi pelajar yang baik bacaan telah meningkat berikutan bilangan menurunya bilangan pelajar yang lemah dalam ketiga-tiga aspek iaitu kelancaran, makhraj dan juga tajwid
• Secara keseluruhannya kaedah Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah terbaik dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca al-Quran Dalam perlaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini peranan naqib sangat besar dalam membantu kepada kejayaan pelajar

3) Persoalan kajian 3:
• Kajian ini membuktikan bahawa guru dan naqib mampu membantu murid-murid yang lemah dalam membaca al-Quran melalui kaedah Talaqqi Musyafahah.
• Murid dapat melaksanakan P&P dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu dan ragu-ragu kerana bacaan mereka dipimpin oleh naqib yang dipilih di kalangan rakan-rakan mereka

6.0 APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI

• Kaedah ini sesuai dilaksanakan di kalangan pelajar tetapi memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk melatih pelajar lebih cemerlang dalam bacaan al-Quran dari aspek kelancaran, makhraj dan sebutan huruf.
• Untuk penambahbaikan supaya pelajar(mentee) mempunyai peningkatan dalam bacaan al-Quran, naqib terlebih dahulu diberi latihan oleh guru dalam jangka masa yang panjang dan boleh menguasai ketiga-tiga aspek dengan baik sebelum membimbing kawan(mentee) masing-masing.
• Melalui kajian ini, saya mendapat idea mengenai kaedah baru dalam pengusaan bacaan al-Quran yang tidak pernah saya hadapi ketika zaman persekolahan dahulu.

Ketika para pembentang memberi pembentangan saya dapat mempelajari beberapa istilah yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini iaitu seperti “Naqib” , “kaedah Talaqqi” dan “Musyafahah”

• Melalui perbentangan ini juga dapat memberi gambaran kepada saya mengenai suasana P&P sebenar yang berlaku di sekolah melalui perkongsian pengalaman para pembentang dan idea-idea kreatif yang perlu seorang guru fikirkan dalam mempelbagaikan kaedah P&P

0 comments: