Berikut adalah pendapat saya mengenai kepentingan kajian tindakan terhadap guru, iaitu:
1. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
2. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian
kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri
3. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang
lebih aktif dan efektif
4. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya
dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian
terhadap kurikulum dan kokurikulum
5. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam
sesuatu subjek
6. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata
pelajaran
7. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah
dan memperbaiki amalan sendiri
8. Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan
kerja yang lebih aktif dan efektif
9. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang
perancangan untuk tindakan
10. Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui
kerjasama secara kolaboratif
Wednesday, October 28, 2009
TUGASAN KELAS : Sebab Mengapa Kajian Tindakan Penting untuk Guru
Posted by ibnusina84 at 9:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment