Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3 (b): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

“Meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar bagi subjek biologi tingkatan empat menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan”

Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah (P48655) dan Hazwin Dalila Harris (P48603)

1.0 PENGENALAN

Terdapat tiga objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu :
• Supaya pelajar dapat memahami setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi.
• Dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar
• Supaya pelajar mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat 3 pernyataan masalah dalam kajian tindakan, ianya ialah:
• Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
• Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?
• Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL

INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN :
• Rancangan harian guru berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi,
• Tontonan video-CD ROM,
• Kertas mahjong
• Crayon warna
• Pemain MP3 (Perakam suara)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA:

• Pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH)
• Borang kaji selidik
• Temubual berstruktur dan tidak berstruktur

4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

1. Pemerhatian
• Pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan
• Pelajar tidak kekok berinteraksi dalam kumpulan
• Hasil pembentangan yang kreatif dan memuaskan
• Pelajar kurang tepati masa

2. Borang kaji selidik
• Tema kefahaman iaitu 54 % menguasai topik, 56 % mudah faham topik, 41% skema objektif pengajaran jelas.
• Tema suasana keseronokan iaitu 35% tidak mengantuk dan bosan, 43% lebih seronok dan 44% lebih menarik .
• Tema komunikasi berkesan iaitu 43% berani mengemukakan pendapat, 52% merapatkan ikatan persahabatan, 48% mengajar kemahiran komunikasi dan 42% semakin yakin.

3. Temubual
• Apakah pendapat anda tentang perbezaan di antara kuliah dan kaedah kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?
• Kaedah yang manakah yang anda membuat anda lebih bersemangat dalam mempelajari topik-topik terbaru.
• Bagaimana interaksi anda dengan rakan-rakan anda bila anda melakukan kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?

5.0 IMPLIKASI KAJIAN

Hasil daripada temubual kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda:
• Memberi gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran
• Perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran
• Peta minda penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar
• Lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih mudah mengingati fakta
• Kaedah peta minda lebih bersifat interaktif dan pelajar dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.
• Kaedah peta minda membantu dalam komununikasi antara pelajar

6.0 APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI

• Kaedah pembelajaran secara kumpulan memberikan impak yang besar di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
• Melalui kaedah peta minda secara berkumpulan, para pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka di samping dapat berkongsi ilmu masing-masing.
• Para pelajar dapat menunjukkan tahap kekreatifan mereka di dalam belajar menggunakan kaedah tersebut.
• Guru boleh mencari tempat yang lebih selesa untuk pelajar menjalankan tugasan seperti kantin atau padang
• Elemen ‘role-play’ boleh di gabungkan dengan kaedah peta minda bagi meningkatkan lagi efektif objektif kajian.
• Pelajar perlu di beri ganjaran sebagai satu kaedah motivasi ekstrinsik bagi tujuan peneguhan positif.

0 comments: