Dalam pasukan bina :
1. Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)
2. Bentuk objektif kajian
3. Bentuk soalan kajian
Matlamat Kajian
Mengenal pasti penggunaan animasi mampu memberikan kefahaman yang tinggi dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Kajian
1. Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P.
2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran
Soalan Kajian
1.Bagaimana penggunaan animasi dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P?
2.Adakah penggunaan animasi mampu mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran?
Saturday, November 21, 2009
Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini KT
Posted by ibnusina84 at 3:59 PM 0 comments
Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini KT
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-
Pengalaman / refleksi secara individu
1. Pengurusan pengetahuan merupakan suatu konsep yang kompleks dan meragukan
2. Teknologi yang menguruskan pembelajaran dan pengetahuan condong kepada sifat pembahagian dan tidak mungkin akan diintegrasi
3. Kebergantungan guru terhadap bahan animasi tersebut boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar.
Pengalaman / Refleksi dalam pasukan
1.Sesetengah maklumat berkenaan dengan pembelajaran tentang realiti sebenar sesuatu keadaan atau benda itu mungkin akan hilang dan tidak boleh diperolehi dalam program animasi.
2.Penggunaan animasi tidak mengambil kira tahap murid-murid di dalam sesuatu kumpulan atau kelas.
Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini KT
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-
Fikir sendiri cadangan secara individu
1. Guru menyediakan sendiri animasi interaktif untuk digunakan semasa proses P & P
2. Guru harus bersiap sedia dengan bahan-bahan animasi yang lain (bercetak) contohnya menggunakan gambar berbentuk animasi untuk diterapkan dalam P&P sebagai inisiatif lain.
3. Guru perlu menguasai kemahiran dalam penggunaan ICT tidak kiralah sama ada ia melibatkan penggunaan animasi, video dan sebagainya.
Fikir cadangan dalam pasukan
1. Guru harus lebih kreatif dalam penyediaan bahan-bahan animasi yang sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran.
2. Guru harus memilih masa yang sesuai untuk menayangkan animasi tersebut agar ianya sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masa itu.
3. Animasi yang menjadi pilihan guru untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran perlulah mempunyai kandungan yang sesuai serta penerapan pelbagai nilai yang sememannya khusus untuk suatu pengajaran tersebut.
Posted by ibnusina84 at 3:53 PM 0 comments
Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini KT
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– kekuatan pengajaran-pengajar an subjek berkenaan berdasarkan :-
Pengalaman / refleksi secara individu
a) Penggunaan animasi dapat menarik minat pelajar agar lebih fokus dalam P & P, kerana penggunaan warna, pergerakan, muzik dan lain-lain sememangnya mampu menghiburkan pelajar yang memang pada dasarnya suka akan hiburan.
b) Sesuatu pengajaran menjadi lebih menyeronokkan.
c) Dapat meningkatkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar.
d) Mengelakkan kebosanan dalam sesi P & P.
e) Menggalakkan penyertaan pelajar di dalam proses P & P.
f) Memberikan pengalaman yang baru di dalam aktiviti pengajaran selain “chalk and talk”
Pengalaman / refleksi dalam pasukan
1. Penggunaan animasi merupakan satu alternatif berkesan untuk menyampaikan sesuatu P&P memandangkan animasi turut menjadi rancangan kegemaran yang biasa di tonton di rumah.
2. Animasi sebagai alat untuk membantu pelajar melaksanakan tugas pembelajaran di samping dapat menyalurkan maklumat.
3. Animasi turut mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran.
4. Dapat menunjukkan dengan jelas struktur, fungsi, urutan atau prosedur sesuatu. Contohnya cara melukis suatu segi tiga sama sisi dengan bantuan jangka lukis.
5. Dapat menjelaskan konsep yang abstrak seperti menggambarkan struktur dan fungsi sesuatu sistem yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya, aliran tenaga elektrik dan halaju.
6. Penggunaan animasi mampu meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi pelajar untuk berfikir sesuatu yang baru.
7. Penggunaan animasi sebagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi memudahkan pembelajaran serta dapat menyampaikan bahan pembelajaran.
8. Animasi sebagai suatu bahan untuk meningkatkan perhatian pelajar dan secara tidak langsung turut meningkatkan motivasi pelajar.
Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
1. Tajuk ini sesuai digunakan di dalam era teknologi maklumat.
2. Penggunan animasi dapat memberikan impak pengajaran yang berguna di dalam pengajaran.
Berdasarkan literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)
Jurnal
KESEDIAAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH
Tang Keow Ngang Abdul Ghani
Kanesan Abdullah
Universiti Sains Malaysia
Buku
MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Oleh : Rozinah Jamaludin
Multimedia memberikan dimensi baru dengan mengintegrasikan bunyi, gambar, muzik, dan video dengan teks dan menukar wajah pembelajaran secara linear dan menjurus pelajar kepada pembelajaran secara kendiri dengan guru sebagai fasilitator dan mentor.
Posted by ibnusina84 at 3:34 PM 0 comments
Friday, November 13, 2009
Tugasan Kelas: Aktiviti 5
Bersama ahli kumpulan
Soalan
1) Bincang dengan pasangan anda MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan
2) Bincangkan dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
Jawapan Soalan 1
Jawapan Soalan 2
Tujuan kami memilih tajuk seperti di bawah adalah kerana :
Antaranya adalah seperti berikut :
b) Membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan kelihatan hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata
c) Dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsangkan dan menyeronokkan
d) Mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Pelajar akan memberi tumpuan yang lebih lama.
Posted by ibnusina84 at 4:05 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Aktiviti 4 - Cadangan Mini Kajian Tindakan
"Penggunaan Animasi melalui Media Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran ICT, Bahasa Melayu dan Perdagangan"
Posted by ibnusina84 at 4:01 PM 0 comments
Tugasan 1: Aktiviti 1 - Ulasan Buku (Apa itu kajian tindakan?)
Aktiviti Berkumpulan:
1. Ahmad Faiz Bin Mohamed @ Mahmood
2. Aena Munirah Binti Abd Rahim
3. Norazura Binti Tukiran
Buku 1
Nama Buku : Action Research : Second Edition
Nama Pengarang : Ernie T. Stringer
Nama Buku : The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams. Nama Pengarang : Richard Sagor
Buku ini memberi konsep kajian tindakan sebagai satu siasatan atau kajian yang dilakukan oleh individu atau kumpulan ke atas sesuatu permasalahan yang berkenaan dengan bidang masing-masing dengan tujuan untuk penambahbaikan. Kajian tindakan ini sesuai diaplikasikan ke atas sesuatu permasalahan itu jika permasalahan tersebut menepati tiga persoalan berikut:
1. Adakah fokus dalam persoalan kajian itu menumpukan kepada permasalahan di dalam bidang profesional anda?
2. Adakah anda mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mmengubah dan melakukan sesuatu berdasarkan hasil atau dapatan daripada kajian?
3. Adakah penambahbaikan itu mampu dibuat?
Jika ketiga-tiga soalan ini mempunyai jawapan 'ya', maka kajian tindakan adalah sesuai dijalankan.
Penilaian terhadap kedua-dua buku ini:
Manakala Buku 2 khusus untuk dijadikan panduan kepada pendidik dan pentadbir di sekolah.
Posted by ibnusina84 at 3:58 PM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Tugasan Dua: Ulasan Jurnal
TAJUK JURNAL 1
Jurnal: Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research with English language learners
Pengarang: Patience A. Sowa
Sumber: Pangkalan Data Science Direct
• Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
• Apa masalah yang dijadikan kajian
• Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
• Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian tindakan ini menggunakan kaedah soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah:
- Apakah cara yang digunakan semasa membuat kajian tindakan yang dapat menolong guru belajar mengenai pengajaran bahasa kepada pelajar yang berlainan?
- Apakah yang guru belajar mengenai amalan mereka di dalam kertas kerja dan semasa menjalankan projek kajian tindakan?
• Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?
• Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
• Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
• Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
• Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?
- Penilaian kriteria di dalam mengetahui portfolio pelajar
- Nilai dalam portfolio yang dihasilkan oleh pelajar
- Bagaimana pengkaji dapat mengetahui proses-proses yang terlibat dalam penghasilan portfolio pelajar
Pengkaji menggunakan kaedah “Penilaian Positif” dengan menggunakan borang rubrik yang mengandungi 54 soalan penilaian dengan skala dari 0 hingga 1 dan daripada 0 hingga 5. Kriteria mengenai perkara-perkara yang hendak dinilai dinyatakan oleh pengkaji.
Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”.
Kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian secara holistik dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan".
Dapatan kajian adalah hasil gabungan antara tiga kaedah ini ialah merangkumi, penilaian rubrik, skor penilaian dan artifak (portfolio) yang dihasilkan pelajar. Hasil kajian adalah dalam bentuk kualitatif iaitu rumusan dari pemerhatian pengkaji.
Pengkaji membuat rumusan terhadap ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini .Setiap rumusan atau dapatan merangkumi tahap keberkesanan kaedah berkenaan. Bagi kaedah pertama iaitu “Penilaian Positif”, didapati bahawa pelajar menjadi kurang kreatif dalam penghasilan portfolio mereka kerana segala kriteria yang pengkaji perlukan telah dinyatakan di dalam borang rubrik yang diberikan.
Bagi kaedah kedua iaitu “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”, pengkaji menggunakan aktiviti pembelajaran secara kooperatif dan pelajar akan di nilai melalui hasil kerja berkumpulan dan penilaian sesama pelajar yang dilakukan ketika berada di “Home Group”.
Bagi kaedah ketiga iaitu “Penilaian secara holistik atau menyeluruh dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’, dimana pengkaji telah meminta pelajar melakukan rancangan pengajaran dan BBM menggunakan perisian komputer kemudian membentangkan di kelas dan guru membuat penilaian berdasarkan persembahan dan bukannya berdasarkan bahasa yang digunakan bagi tujuan mencari tahap kefahaman dan kemahiran pelajar berkenaan.
Posted by ibnusina84 at 3:05 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Nota
Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)
Gelungan Pertama (Cycle 1):
Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Gelungan Kedua (Cycle 2):
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
Posted by ibnusina84 at 2:54 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Nota
Model Kajian Tindakan Piggot-Irvine’s:
Terdapat tiga kitaran di dalam kitaran ini iaitu:
a) Mengenalpasti/ mengdiagnos
b) Merancang tindakan
c) Melakukan tindakan
d) Menilai tindakan
Posted by ibnusina84 at 2:52 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Nota
Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984)
Terdapat empat kitaran di dalam kitaran ini iaitu:
a) Pengalaman yang kukuh
b) Pemerhatian yang cepat
c) Pemahaman konsep secara abstrak
d) Pengkajian yang aktif
Posted by ibnusina84 at 2:49 PM 0 comments
Tugasan Kelas: Nota
Lingkaran Kajian Tindakan Stringer:
• Terdapat 3 fasa utama di dalam kajian tindakan ini iaitu:
a) Merancang (bertindak di dalam melakukan sesuatu, melihat dengan mencari maklumat yang berkaitan dan memikirkan untuk pemantauan maklumat)
b) Arahan (bertindak, melihat dan memikirkan)
c) Penialaian (bertindak, melihat dan memikirkan)
Posted by ibnusina84 at 2:46 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
TUGASAN 3 (b): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009
“Meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar bagi subjek biologi tingkatan empat menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan”
Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah (P48655) dan Hazwin Dalila Harris (P48603)
1.0 PENGENALAN
Terdapat tiga objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu :
• Supaya pelajar dapat memahami setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi.
• Dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar
• Supaya pelajar mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Terdapat 3 pernyataan masalah dalam kajian tindakan, ianya ialah:
• Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
• Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?
• Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?
3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL
INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN :
• Rancangan harian guru berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi,
• Tontonan video-CD ROM,
• Kertas mahjong
• Crayon warna
• Pemain MP3 (Perakam suara)
KAEDAH PENGUMPULAN DATA:
• Pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH)
• Borang kaji selidik
• Temubual berstruktur dan tidak berstruktur
4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA
1. Pemerhatian
• Pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan
• Pelajar tidak kekok berinteraksi dalam kumpulan
• Hasil pembentangan yang kreatif dan memuaskan
• Pelajar kurang tepati masa
2. Borang kaji selidik
• Tema kefahaman iaitu 54 % menguasai topik, 56 % mudah faham topik, 41% skema objektif pengajaran jelas.
• Tema suasana keseronokan iaitu 35% tidak mengantuk dan bosan, 43% lebih seronok dan 44% lebih menarik .
• Tema komunikasi berkesan iaitu 43% berani mengemukakan pendapat, 52% merapatkan ikatan persahabatan, 48% mengajar kemahiran komunikasi dan 42% semakin yakin.
3. Temubual
• Apakah pendapat anda tentang perbezaan di antara kuliah dan kaedah kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?
• Kaedah yang manakah yang anda membuat anda lebih bersemangat dalam mempelajari topik-topik terbaru.
• Bagaimana interaksi anda dengan rakan-rakan anda bila anda melakukan kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?
5.0 IMPLIKASI KAJIAN
Hasil daripada temubual kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda:
• Memberi gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran
• Perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran
• Peta minda penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar
• Lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih mudah mengingati fakta
• Kaedah peta minda lebih bersifat interaktif dan pelajar dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.
• Kaedah peta minda membantu dalam komununikasi antara pelajar
6.0 APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI
• Kaedah pembelajaran secara kumpulan memberikan impak yang besar di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
• Melalui kaedah peta minda secara berkumpulan, para pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka di samping dapat berkongsi ilmu masing-masing.
• Para pelajar dapat menunjukkan tahap kekreatifan mereka di dalam belajar menggunakan kaedah tersebut.
• Guru boleh mencari tempat yang lebih selesa untuk pelajar menjalankan tugasan seperti kantin atau padang
• Elemen ‘role-play’ boleh di gabungkan dengan kaedah peta minda bagi meningkatkan lagi efektif objektif kajian.
• Pelajar perlu di beri ganjaran sebagai satu kaedah motivasi ekstrinsik bagi tujuan peneguhan positif.
Posted by ibnusina84 at 9:48 AM 0 comments
TUGASAN 3 (a) : Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009
“Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah”
Nama pembentang : Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari
1.0 PENGENALAN
Terdapat dua objektif kajian tindakan ini dilakukan dan objektif ini merangkumi umum dan khusus. Objektif umumnya ialah bagi meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan dalam kelas kajian ini dilakukan. Terdapat empat objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu :
• Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
• Membantu pelajar membaca dengan lancar
• Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-Quran
• Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Terdapat 3 pernyataan masalah dalam kajian tindakan, ianya ialah:
• Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran ?
• Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
• Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah
3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL
Kajian tindakan ini telah dilakukan di Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur. Sampel kajian ini ialah kepada 46 orang pelajar tingkatan 1 dan 34 orang pelajar tingkatan 2. Kajian ini dijalankan secara kolaboratif oleh 3 orang guru pelatih iaitu Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari.
1) Pemerhatian : Data Awal
Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan al-Quran .
2) Pengumpulan data kajian sesi 1:
i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
-Talaqqi ialah situasi dimana guru mendengar bacaan pelajar dalam kumpulan-kumpulan yang kecil
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaannya dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus
ii) Ketua kumpulan yang dilantik akan mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar
3) Refleksi
Kajian dilakukan berdasarkan pengumpulan data yang telah dilakukan, pelajar yang mempunyai prestasi bacaan yang baik dilantik menjadi "Naqib".
4) Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- Seorang naqib untuk seorang pelajar , naqib berperanan dalam mengajar rakannya dalam memperbetulkan prestasi bacaan al-Qurannya.
4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA
Bagi pengumpulan dan penganalisaan data, para pengkaji telah melakukan 3 instrumen iaitu :
a) borang penilaian naqib
b) borang mentee
c) pemerhatian- catatan dan rakaman video
5.0 IMPLIKASI KAJIAN
1) Persoalan kajian 1
• Antara kelebihan-kelebihan kaedah Talaqqi Musyafahah, murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib.
• Murid dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.
• Kaedah ini secara keseluruhan bukan sahaja memberi kefahaman kepada pelajar malah mampu membangkitkan minat serta pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam p&p tilawah.
2) Persoalan kajian 2:
• Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan al-Quran dengan betul.
• Hasil analisis data daripada pemerhatian prestasi pelajar yang baik bacaan telah meningkat berikutan bilangan menurunya bilangan pelajar yang lemah dalam ketiga-tiga aspek iaitu kelancaran, makhraj dan juga tajwid
• Secara keseluruhannya kaedah Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah terbaik dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca al-Quran Dalam perlaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini peranan naqib sangat besar dalam membantu kepada kejayaan pelajar
3) Persoalan kajian 3:
• Kajian ini membuktikan bahawa guru dan naqib mampu membantu murid-murid yang lemah dalam membaca al-Quran melalui kaedah Talaqqi Musyafahah.
• Murid dapat melaksanakan P&P dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu dan ragu-ragu kerana bacaan mereka dipimpin oleh naqib yang dipilih di kalangan rakan-rakan mereka
6.0 APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI
• Kaedah ini sesuai dilaksanakan di kalangan pelajar tetapi memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk melatih pelajar lebih cemerlang dalam bacaan al-Quran dari aspek kelancaran, makhraj dan sebutan huruf.
• Untuk penambahbaikan supaya pelajar(mentee) mempunyai peningkatan dalam bacaan al-Quran, naqib terlebih dahulu diberi latihan oleh guru dalam jangka masa yang panjang dan boleh menguasai ketiga-tiga aspek dengan baik sebelum membimbing kawan(mentee) masing-masing.
• Melalui kajian ini, saya mendapat idea mengenai kaedah baru dalam pengusaan bacaan al-Quran yang tidak pernah saya hadapi ketika zaman persekolahan dahulu.
Ketika para pembentang memberi pembentangan saya dapat mempelajari beberapa istilah yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini iaitu seperti “Naqib” , “kaedah Talaqqi” dan “Musyafahah”
• Melalui perbentangan ini juga dapat memberi gambaran kepada saya mengenai suasana P&P sebenar yang berlaku di sekolah melalui perkongsian pengalaman para pembentang dan idea-idea kreatif yang perlu seorang guru fikirkan dalam mempelbagaikan kaedah P&P
Posted by ibnusina84 at 7:05 AM 0 comments