Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN KELAS : Sebab Mengapa Kajian Tindakan Penting untuk Guru

Berikut adalah pendapat saya mengenai kepentingan kajian tindakan terhadap guru, iaitu:
1.   Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
2.   Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian
      kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri
3.   Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang
      lebih aktif dan efektif
4.   Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya
      dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian
      terhadap kurikulum dan kokurikulum
5.   Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam
      sesuatu subjek
6.   Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata
      pelajaran
7.   Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
      memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah
      dan memperbaiki amalan sendiri
8.   Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan
      kerja yang lebih aktif dan efektif
9.   Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang
      perancangan untuk tindakan
10. Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui
      kerjasama secara kolaboratif