Saturday, November 7, 2009

Tugasan Dua: Ulasan Jurnal

TAJUK JURNAL 1

Jurnal: Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research  with English language learners
Pengarang: Patience A. Sowa
Sumber: Pangkalan Data Science Direct

Kajian ini membincangkan cara di mana projek kajian tindakan boleh digunakan di dalam English Language learners (ELLs) sebagaimana menolong para guru untuk mewujudkan amalan latihan. Berdasarkan tinjauan, projek kajian tindakan yang dijalankan dengan English Language learners (ELLs) dan refleksi sebagai data, kajian meneroka pertanyaan guru mengenai kesan dan kerja di dalam kaedah pengajaran dan kebergantungan terhadap ELLs. Para pelajar menyatakan bahawa mereka membesar seperti seorang guru, berfikir dan lebih yakin mengenai mengajar di dalam keadaan biasa dan mengajar ELLs.

• Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Bagaimanakah cara-cara di mana kajian tindakan dapat dilakukan oleh guru terhadap pelajar bahasa Inggeris di mana ianya akan dapat membina latihan yang berkesan. Para pelajar merasakan bahawa mereka membesar sebagai seorang guru, di mana mereka lebih bersikap bertindak balas dan menjadi lebih yakin di dalam proses pembelajaran.

• Apa masalah yang dijadikan kajian
Kajian ini ialah mengkaji cara-cara di mana melakukan kajian tindakan yang melibatkan pengajar bahasa Inggeris di mana mereka membantu graduan ke arah pengajaran yang melibatkan pelbagai jenis pelajar dan kesan di dalam pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah salah satu daripada bahagian di dalam kajian guru yang dapat memberikan galakan kepada mereka untuk mempraktikkannya di dalam kelas.

• Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
Sampel kajian adalah enam orang graduan yang sedang mengajar bahasa Inggeris yang tidak memiliki kelayakan atau lesen pengajar bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan graduan-graduan dan kertas refleksi mereka mengenai pemikiran mereka mengenai pengajar bahasa Inggeris dan amalan mereka sebagai guru. Kajian ini dilakukan di sekolah di bandar Midwestern, Amerika Syarikat.

• Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian tindakan ini menggunakan kaedah soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah:
  1. Apakah cara yang digunakan semasa membuat kajian tindakan yang dapat menolong guru belajar mengenai pengajaran bahasa kepada pelajar yang berlainan?
  2. Apakah yang guru belajar mengenai amalan mereka di dalam kertas kerja dan semasa menjalankan projek kajian tindakan?
• Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?
Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif. Data yang didapati di dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada projek, kajian tindakan, kertas kerja professional dan juga tinjauan. Terdapat enam soalan jenis soalan jenis terbuka di dalam tinjauan yang dibuat pada akhir semester.

• Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?
Projek pelajar, kertas refleksi dan tinjauan telah dianalisis untuk kajian ini. Data-data tersebut telah dianalisis berdasarkan hubungan dengan soalan-soalan di dalam kajian tindakan ini. Projek hasil daripada tiga graduan telah diterangkan di dalam kajian ini, tinjauan enam orang guru telah dianalisis di dalam kajian ini. Dapatan atau hasil daripada kajian ini telah digabungkan dan menjadi gambaran keseluruhan kajian ini. Sebagai jawapan kepada soalan kajian yang terhasil daripada analisis tinajuan, projek kajian tindakan dan kertas kerja professional. Hasil yang di dapati daripada data menunjukkan bahawa pemahaman yang mendalam di dalam pengajaran bahasa Inggeris, kesan kertas kerja di dalam pengajaran, refleksi guru dan juga pengiktirafan.


TAJUK JURNAL 2

Jurnal: An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom
Pengarang: Courtney Kosky
Sumber: Pangkalan Data Science Direct

Kajian ini adalah kajian tindakan yang telah dijalankan untuk untuk mengetahui cara untuk menggabungkan seni di dalam pendidikan sosial kanak-kanak dapat meningkatkan penyertaan, motivasi dan kesan pencapaian pelajar melalui peningkatan motivasi dan juga penyertaan. Rancangan pengajaran yang asas memerlukan kebijaksanaan di dalam menggabungkan aktiviti kesenian yang memberikan pelajar pilihan di dalam jenis aktiviti untuk diselesaikan yang mana ianya mempunyai impak di dalam motivasi dan persepsi. Kebanyakan markah aktiviti kesenian meningkat yang berlaku kerana gabungan aktiviti seni dan pilihan pelajar.

• Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
 Bagaimanakah untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi di samping ianya akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar melalui mengunakan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial di kalangan pelajar gred 6. Adakah dengan menjalankan penglibatan dan motivasi akan member kesan yang positif di dalam markah yang akan diperolehi oleh pelajar akan mengalami peningkatan.

• Apa masalah yang dijadikan kajian
Kebiasaannya, pelajar selalu diberikan penekanan terhadap matapelajaran yang teras seperti matematik. Ianya banyak juga memberikan kesan terhadap pendidikan sosial yang mengajarkan tentang aspek berkomunikasi dan pergaulan seringkali diabaikan oleh guru kerana ingin berusaha untuk mencapai sasaran pencapaian pelajar yang baik terhadap matapelajaran teras.

• Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
Pelajar gred 6 seramai 650 orang di Sekolah Perkembangan Professional dengan kerjasama Program Pendidikan Guru Tahun Kelima Bebedum. Selain daripada itu, 7 orang pelajar berkeperluan khas dalam kajian tindakan ini juga terbabit di dalam kajian yang dijalankan ini.

• Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian dilakukan oleh seorang guru praktikal yang sedang melakukan latihan pengajaran di sekolah. Guru menggunakan rakaman perbulan pelajar ketika mereka melakukan refleksi selepas P&P dan pengakaji merekodkan refleksi P&P di dalam jurnal pengajarannya bagi membantu pengkaji memperbaiki aktiviti kesenian dan kreativiti untuk P&P akan datang.
 
• Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?
Pengkaji menggunakan penulisan komen pelajar, rakaman perbualan, skala yang diberikan oleh pelajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan, dan borang penilaian rubrik dalam mendapatkan data untuk kajian tindakan yang dijalankan. Semua maklumat yang didapati akan dianalisis oleh guru tersebut yang akhirnya akan dibuat graf bagi melihat tahap penglibatan dan motivasi pelajar bagi setiap aktiviti P&P.

• Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?
Guru menganalisis data melalui komen dan data yang didapati melalui skala yang diberikan oleh pelajar untuk setiap aktiviti serta boring penilaian rubrik. Keberkesanan kaedah ini dapat dipaparkan melalui graf yang terbentuk dalam setiap aktiviti yang dijalankan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.


TAJUK JURNAL 3

Jurnal: Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study
Pengarang: Johannes C. Cronje
Sumber: Pangkalan Data HW:Wilson


• Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Bagaimana penilaian terhadap sekumpulan pelajar di mana bahasa ibunda mereka dan budaya adalah berbeza dengan bahasa dan budaya pengkaji. Bagaimana kefahaman yang sama dapat diwujudkan antara pengkaji dan pelajar (responden) di mana mereka mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza.



• Apa masalah yang dijadikan kajian
Masalah yang terbesar adalah perbezaan komunikasi dan budaya antara pengkaji dan pelajar (responden) di dalam menentukan tahap keberkesan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut di mana masalah bahasa dan cara pertuturan yang tidak sama.

• Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
Kajian tindakan ini telah dijalankan selama dua ke atas 12 orang mahasisawa/i Sarjana Program Pendidikan ICT di Universiti Sains dan Teknologi di Sudan.


• Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian tindakan ini merangkumi tiga fokus iaitu:

  1. Penilaian kriteria di dalam mengetahui portfolio pelajar
  2. Nilai dalam portfolio yang dihasilkan oleh pelajar
  3. Bagaimana pengkaji dapat mengetahui proses-proses yang terlibat dalam penghasilan portfolio pelajar
• Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

  1. Pengkaji menggunakan kaedah “Penilaian Positif” dengan menggunakan borang rubrik yang mengandungi 54 soalan penilaian dengan skala dari 0 hingga 1 dan daripada 0 hingga 5. Kriteria mengenai perkara-perkara yang hendak dinilai dinyatakan oleh pengkaji.


  2. Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”.


  3. Kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian secara holistik dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan".

    Dapatan kajian adalah hasil gabungan antara tiga kaedah ini ialah merangkumi, penilaian rubrik, skor penilaian dan artifak (portfolio) yang dihasilkan pelajar. Hasil kajian adalah dalam bentuk kualitatif iaitu rumusan dari pemerhatian pengkaji.
 • Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

  1. Pengkaji membuat rumusan terhadap ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini .Setiap rumusan atau dapatan merangkumi tahap keberkesanan kaedah berkenaan. Bagi kaedah pertama iaitu “Penilaian Positif”, didapati bahawa pelajar menjadi kurang kreatif dalam penghasilan portfolio mereka kerana segala kriteria yang pengkaji perlukan telah dinyatakan di dalam borang rubrik yang diberikan.

  2. Bagi kaedah kedua iaitu “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”, pengkaji menggunakan aktiviti pembelajaran secara kooperatif dan pelajar akan di nilai melalui hasil kerja berkumpulan dan penilaian sesama pelajar yang dilakukan ketika berada di “Home Group”.


  3. Bagi kaedah ketiga iaitu “Penilaian secara holistik atau menyeluruh dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’, dimana pengkaji telah meminta pelajar melakukan rancangan pengajaran dan BBM menggunakan perisian komputer kemudian membentangkan di kelas dan guru membuat penilaian berdasarkan persembahan dan bukannya berdasarkan bahasa yang digunakan bagi tujuan mencari tahap kefahaman dan kemahiran pelajar berkenaan.

0 comments: